ASSALAMUALAIKUM

Sebagaimana yang kita kitahui, Asmaul Husna mengandungi 1001 khasiat bagi umat Islam jika mengamalkan 99 nama Allah dalam kehidupan kita seharian.

Pada zaman sekarang kebanyakan pasangan mempelai seolah-oleh telah menjadi trend iaitu memberi buah tangan kepada tetamu majlis yang hadir dengan cenderamata seperti pen, key-chain, kipas tangan, dan lain-lain lagi.

Di sini saya menawarkan sesuatu kelainan di mana selain Kitab Yaa-Sin, ia juga mampu digunakan atau dimanfaatkan sepenuhnya oleh tetamu saudara kita seIslam. Ia bersaiz kecil dan mudah di bawa ke mana-mana serta boleh di letakkan di dalam beg tangan bagi wanita.

Marilah kita menjadikan ia satu budaya baru di kalangan umat Islam iaitu budaya mengingati Allah supaya kita tidak lalai dalam kehidupan seharian. Kitab Asmaul Husna ini juga umpama saham akhirat di mana ia seperti skim piramid cepat kaya kerana jka anda menghadiahkan kepada seseorang, anda akan mendapat pahala jika mereka mengamalkannya. Bayangkan berapa ratus atau ribu unit yang anda edarkan. Cukuplah jika hanya 10 peratus sahaja yang mengamalkannya. Insya-Allah.... Kitab ini InsyaAllah tidak akan dibuang dan jka tidak digunakan mereka pasti menurunkannya kepada seseiorang yang lain dan individu baru pula akan mengamalkannya.

Ini lebih bermakna berbanding jika anda memberikan sesuatu yang akhirnya akan dibuang ke dalam tong sampah seperti pen, cermin dan lain-lain.